top of page
muinsapidin

UMNO Gopeng Desak Pecat Tun M dan Muhyiddin

UMNO Bahagian Gopeng mendesak kerajaan memecat segera Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tan Sri Muhyiddin Yasin dari sebarang jawatan dalam syarikat atau badan berkepentingan kerajaan.

Ketuanya, Senator Datuk Hamzah Mohd Kasim berkata, tindakan tegas perlu diambil kerana mereka sanggup bersekongkol dengan pembangkang bagi menguling Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipilih secara demokratik.

Mantan Perdana Menteri itu kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana, Penasihat Petronas dan Pengerusi Proton.

Menurut Hamzah, kerajaan tidak boleh tunduk atau berdiam diri kerana perbuatan mereka bercanggah dengan amalan demokrasi dan amat bertentangan dengan prinsip perjuangan UMNO.

“UMNO Bahagian Gopeng membuat keputusan menentang apa juga cara yang tidak mengikut perlembagaan parti dan undang-undang negara, kita ada pilihanraya, sekiranya nak menjatuhkan seseorang jatuhkanlah semasa pilihanraya, buatlah kerja, bantulah rakyat, menangilah hati rakyat, itulah cara amalan yang kita laksanakan sebagai demokrasi berparlimen dinegara ini.

“Bukan dengan memfitnah tak habis-habis tak berhenti-henti dengan memfitnah benda perkara yang tak adapun diada-adakan,’’ katanya dalam satu sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat di Pasir Putih, Ipoh pada Isnin. Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hang Tuah Din.

Menurut Hamzah, UMNO Gopeng tetap taat setia kepada pucuk kepimpinan negara iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Katanya, UMNO Gopeng tetap akur, patuh dan mempertahankan mereka sebagai pemimpin di peringkat nasional dan negeri.


29 views0 comments
bottom of page