top of page
muinsapidin

Jaringan Pengangkutan Lonjak Pembangunan Greater Kamunting

Jaringan pengangkutan yang disediakan melalui kerjasama antara pihak Bas Rapid Sdn Bhd dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan membantu melonjakkan lagi pertumbuhan pembangunan Greater Kamunting.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ini kerana perkhidmatan bersepadu itu memberikan manfaat besar kepada masyarakat setempat termasuk di utara negeri ini.

Menurut beliau, menerusi perkhidmatan pengangkutan bersepadu itu, pembangunan Greater Kamunting yang ditekankan dalam pembangunan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) menjadi penanda aras kerajaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Jaringan pengangkutan yang baik ini akan membolehkan penduduk yang tinggal di sini bekerja di tempat yang jauh seperti di Pulau Pinang, Sungai Petani dan sebagainya kerana adanya sistem pengangkutan yang berfaedah kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pelancaran Creating Connectivity & Mobility in Greater Kamunting dan majlis pra pelancaran Rapid Kamunting di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Taiping pada Khamis.

Hadir sama di majlis itu, Ketua Eksekutif Koridor Utara Malaysia, Datuk Redza Rafiq, Presiden KTMB Berhad, Datuk Sarbini Tijan dan Ketua Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Zulkifli Mohd Yusoff.

Mohammad Zahir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting berkata, beliau yakin dan percaya dengan adanya jaringan perkhidmatan pengangkutan bersepadu itu, akan membantu merancakkan kegiatan ekonomi di Kamunting selain memberi impak baik kepada industri pelancongan di Bandar Warisan Taiping.

“Di Taiping dan Kamunting ini sudahpun mempunyai pelbagai kemudahan perniagaan seperti pusat beli belah, kemudahan perubatan dan sebagai yang menjadi pemancu kepada ekonomi di sini,’’ ujarnya.

Sementara itu, Redza pula berpendapat, setiap usaha pembangunan wilayah memerlukan elemen ‘human connectivity’ selain daripada pembangunan sumber manusia, bagi merancakkan inisiatif pembangunan di sesuatu kawasan.

"Ini merupakan inisiatif pengangkutan multi model yang menyeluruh dan kita sediakan di kawasan ini,” katanya.

Sementara itu Sarbini Tijan pula berkata, KTMB dalam perancangannya untuk menubuhkan pelabuhan darat di Taiping.

“Ini merupakan satu pakej pengangkutan yang baharu, yang kita rasa sama tarafnya dengan apa yang sudah ada di Padang Besar untuk membolehkan pengangkutan kontena secara pukal dan juga memberi perkhidmatan Kastam dan sebagainya.

“Jadi dengan cara itu, banyak aktiviti perdagangan, pembinaan dan perindustrian dapat kita rencanakan dengan kerjasama di antara KTMB, Majlis Perbandaran Taiping, Rapid Bas dan juga NCIA,” katanya.


37 views0 comments
bottom of page