top of page
muinsapidin

4 Rentung Dalam Kemalangan

IPOH - Kerja-kerja mengalihkan sebuah treler yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 265, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, selepas Terowong Menora, membawa kepada penemuan empat mayat yang rentung dalam sebuah kereta, pada Jumaat pagi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata, pada awalnya, pegawai penyiasat tidak menemui sebarang kesan kenderaan lain terlibat sama dalam kemalangan tersebut.

Bagaimanapun, kata beliau, pihak polis menerima laporan mengenai kewujudan sebuah kereta jenis Honda Accord ketika kerja-kerja mengalihkan treler terbabit dijalankan.

Menurutnya, indentiti kesemua mayat berkenaan belum dapat dikenalpasti kerana semua dokumen berkaitan, termasuk nombor pendaftaran kenderaan rentung dalam kemalangan itu.

Ujarnya, pihak polis akan mengambil keterangan lanjut daripada pemandu treler berusia 35 tahun dan kelindannya berusia 29 tahun yang cedera dalam kemalangan itu.

“Memang kami dan juga pihak lain yang hadir tak nampak langsung ada satu lagi kenderaan juga terlibat kemalangan masa itu, sebab langsung tak nampak oleh kerana lori dah terlindung sebab tersepit ditepi lori,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut ACP Sum, setakat ni kedua-dua pemandu dan kelinda treler itu memberitahu mereka terbabas sendiri dan tidak melibatkan benda yang lain.

Beliau memberitahu, kesemua mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (DRPB) untuk bedah siasat dan ujian DNA bagi mengenalpasti identiti serta jantina mangsa.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pihaknya juga akan menyemak satu laporan yang dibuat di Terengganu mengenai kehilangan sebuah keluarga yang dalam perjalanan dari Kedah ke Kuala Lumpur.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


31 views0 comments
bottom of page