top of page

50 Anggota Polis Perak Naik Pangkat

  • muinsapidin
  • Mar 3, 2016
  • 1 min read

Seramai 50 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak dinaikkan pangkat dalam majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Rendah Polis di Mess Pegawai Kanan IPK, Ipoh pada Selasa.

Daripada bilangan itu, 11 dinaikkan pangkat daripada Sarjan Mejar ke Sub Inspektor manakala 39 orang lagi dinaikkan pangkat dari Sarjan ke Sarjan Mejar.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi berkata, 50 anggota tersebut merupakan antara yang berjaya dalam Eksesais Temu Duga Kenaikkan Pangkat yang diadakan seluruh negara.

“23 Februari lalu, Bukit Aman telah keluarkan keputusan eksesais temu duga kenaikan pangkat dari Sarjan Mejar ke Sub Inspekor dan Sarjan ke Sarjan Mejar tahun 2016 bagi seluruh negara.

“Dari senarai tersebut, seramai 50 anggota pangkat rendah adalah terdiri daripada kontinjen Perak,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Datuk Hasnan Hassan, Ketua Cawangan Khas Perak, SAC Datuk Pahlawan Burhanuddin Ijab, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Datuk Pahlawan Goh Kok Liang, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keslamatan Komuniti Perak, SAC T. Selvan dan Ketua Jabatan Pengurusan Perak, ACP Shaharon Anuar Abdul Latif.

Abd Rahim berharap, semua anggota yang dinaikkan pangkat itu dapat melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi, ikhlas dan integriti bagi mempastikan perkhidmatan cemerlang dapat diberi kepada masyarakat.

Tambah beliau lagi, mereka juga perlu mempunyai semangat kerjasama berpasukan dan kesefahaman di antara satu sama lain yang tinggi untuk polis Perak dapat terus menjalankan tugas dengan cemerlang.

“Kenaikkan pangkat bukanlah suatu kemegahan, sebaliknya merupakan suatu amanah dan tanggungjawab yang berat yang perlu dipikul.

“Oleh itu pikullah amanah dan tanggungjawab diberikan dengan sepenuh hati dan berkhidmatlah dengan profesional serta integriti yang tinggi pada setiap masa,” ujarnya.


Comments


bottom of page