top of page
muinsapidin

Lebih 5,000 Kunjungi Karnival Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir


Lebih 5,000 orang mengunjungi Karnival Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir di dataran Lapangan Terbang Gerik pada Sabtu sempena program Pemukiman Menteri Besar di Daerah Hulu Perak.

Karnival anjuran Pusat Kerjaya Amanjaya (PeKA) itu turut menyediakan lebih 5,000 kekosongan jawatan di dalam pelbagai bidang yang disediakan oleh syarikat swasta.

Ketua Pegawai Eksekutif PeKA, Ameron Zulqarnaen Yeop Rashidi berkata, karnival sehari itu telah disertai oleh 20 pihak majikan serta 10 Institusi Kemahiran dan Insitusi Pengajian Tinggi (IPT).

“Antara tarikkan selain peluang pekerjaan itu, kita juga memanggil Datuk Fazley Yaakob yang merupakan Ikon Skuad INsparasi Koleh Komuniti,” katanya ketika ditemui Suara Perak pada karnival itu.

Menurut beliau, antara syarikat yang hadir menawarkan pekerjaan ialah Sime Darby Plantation Sdn Bhd, Honda, Tan Chong Motor dan Finisar (M) Sdn Bhd.

Beliau memberitahu, antara objektif program yang dinamakan Karnival Pendidikan Tinggi & Kerjaya adalah menyesuaikan calon dengan permintaan pekerjaan berdasarkan kelayakan yang dimilik.

“Ini kita sediakan supaya memberi peluang kepada orang ramai khususnya belia luar bandar mendapat peluang yang sama seperti belia di bandar.

“Kita bawa peluang-peluang pekerjaan kepada mereka, walaupun karnival ini sehari tetapi kita akan cuba adakan sekerap mungkin,” ujarnya.

Beliau menambah, pencari kerja yang telah terlepas kehadiran boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut menerusi laman sosial facebook ‘Jobs Perak – PEKA’ atau melayari portal www.jobsperak.com.my

PeKA merupakan suatu inisiatif dan milik penuh kerajaan negeri perak yang bertujuan untuk menangani masalah pengangguran di Perak sejak 2011.


29 views0 comments
bottom of page