top of page
muinsapidin

39 SAR Hulu Perak Terima Bantuan Komputer


Lenggong - Sejumlah 36 Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Hulu Perak turut mendapat manfaat bersempena dengan Program Pemukiman Menteri Besar yang sedang berlansung apabila setiap daripadanya menerima sumbangan satu unit komputer berserta alat kelengkapan.

Sumbangan komputer yang ditaja KPerak Inc dengan kerjasama Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Perak (BAIDURI) bertujuan membantu pihak pengurusan sekolah terbabit melincinkan urusan pentadbiran masing-masing.

Majlis penyerahan sumbangan komputer itu telah disempurnakan isteri Menteri Besar, Datin Seri Saripah Zulkifli yang juga Yang DiPertua BAIDURI di Sekolah Agama Rakyat Islahiah Pekan Lenggong petang tadi (Jumaat).

Turut hadir, Pegawai Eksekutif KPerak Mohd.Nazaruddin Mohd. Yusoff dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Mohd Yusop Husin.

Majlis sumbangan komputer itu merupakan sebahagian daripada 137 program yang berlangsung sempena pemukiman Menteri Besar di daerah Hulu Perak selama lima hari dari 23 sehingga 27 Febuari.

Mohd Nazaruddin berkata selain sumbangan komputer itu, KPerak bakal memperkenalkan subjek ICT kepada seluruh sekolah agama rakyat peringkat menengah di Perak.

Katanya Perak akan menjadi negeri pertama yang mempunyai pembelajaran ICT di peringkat sekolah agama rakyat apabila initiatif ini dilaksanakan tidak lama lagi.

“JAIP secara prinsipnya sudah bersetuju dan KPerak kini sedang memperhalusi sukatan matapelajaran ICT sebelum melaksanakannya,” katanya.

Menurut Mohd Nazaruddin di bawah matapelajaran ICT ini pelajar antara lain berpeluang mempelajari modul berkaitan pembestarian ICT, inovasi dan juga robotik.

Sebelum itu, Saripada berserta ahli BAIDURI telah berkunjung dan menyerahkan sumbangan ke dua buah rumah anak yatim Abu Nur dan Al-Tawqa di Pengkalan Hulu.


2 views0 comments
bottom of page