top of page
muinsapidin

Pemukiman Warnai Suasana Harmoni Pemimpin, Rakyat


LENGGONG - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir memulakan hari ketiga pemukiman di Hulu Perak dengan menyertai qiamullail dan solat berjemaah bersama kariah Masjid Rahmaniah, Kampung Chepor di sini. Beliau kemudiannya minum pagi bersama penduduk setempat sebelum meneruskan lawatan dari rumah ke rumah. Antara yang turut sama ialah Ketua UMNO Bahagian Lenggong, Datuk Saarani Mohamad; Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Syamsul Nasarah serta Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Zahir Mohd. Khalid, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Datuk Zainol Fadzi Paharuddin serta Ahli Dewan Undangan Negeri Kenering, Mohd Tarmizi Idris. Suasana harmoni jelas terasa sepanjang program tersebut apabila kariah masjid serta penduduk setempat mengambil peluang untuk berbual dengan Menteri Besar dalam pelbagai perkara selain meluahkan isu-isu setempat.

Sebelum meneruskan jadual padatnya pada hari ketiga ini, Dr. Zambry dan rombongannya sempat singgah menziarahi rumah-rumah penduduk.

Antara yang dilawati beliau ialah rumah warga emas, Jalalludin Derom, 83, yang tidak sihat kerana sakit tua dan Ehson binti Ahmad, 90.

Ehson ternyata teruja dengan lawatan Dr. Zambry dengan beberapa kali mengulangi ucapan terima kasih kerana sudi datang menziarahi beliau.


8 views0 comments
bottom of page