top of page
muinsapidin

Pemukiman Di Setiap Daerah Serta Langkah Susulan - Dr Zambry

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memberi jaminan Program Pemukiman akan diteruskan di setiap daerah di negeri ini dengan langkah- langkah susulan bagi mempastikan janji kerajaan kepada rakyat dapat ditunaikan.

Menurut beliau, sebelum ini program pemukiman berjalan untuk dua hari sahaja tetapi kini telah dipanjangkan kepada lima hari.

''Kita tidak akan berhenti malah kita akan membuat follow up bagi memastikan perkara yang kita laksanakan dapat berjalan lancar,’’ katanya.

Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita di majlis bersama masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Orang Ramai Kampung Baru Air Kala, Kenering pada Sabtu.

Turut Serta ADUN Kenering, Dato’ Tarmizi Idris , Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dan Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Mah Hang Soon yang juga Pengerusi MCA Perak.

Dr. Zambry bergambar kenangan bersama penduduk pada majlis bersama masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina di Dewan Orang Ramai Kampung Baru Air Kala, Kenering

Menurut Dr Zambry, pendekatan kerajaan ini bertujuan mendekati dan mendalami permasalahan rakyat secara lebih mendalam lagi dan seterusnya mengambil tindakan bagi mengatasinya.

Katanya, meskipun pendekatan yang digunakan kerajaan negeri berbeza dengan negeri lain namun sasarannya adalah membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Dr Zambry turut meluangkan masa beramah mesra dengan komuniti Cina di kampung tersebut.

Progam itu menyediakan khidmat kesihatan dan kaunter perkhidmatan daripada agensi dan jabatan kerajaan.

Menurut Menteri Besar, seperti biasa Klinik Dr Zambry turut mengadakan perkhidmatan kepada komuniti setempat menyuarakan aduan mereka.

''Kita menerima banyak aduan daripada masyarakat di sini seperti masalah tanah (55 aduan), telekomunikasi (20 aduan), infrastruktur (5 aduan) dan lain-lain (10 aduan),’’ katanya.


27 views0 comments
bottom of page