top of page
muinsapidin

Hutan Lipur Di Hulu Perak Jadi Tarikan Pelancong


Nolee Ashilin (empat dari kiri), Zainol Fadzi (tiga dari kanan) dan Rusnah (dua kanan) merasmikan Program Tanggungjawab Sosial Korporat Hammam (Tandas) dan Perhutanan Sosial Hutan Lipur Lata Kekabu pada Jumaat.

Hutan Lipur Lata Kekabu dan Pulau Mata Kail menjadi sebahagian produk pelancongan utama di Hulu Perak berikutan keindahan alam semulajadi yang berpotensi menarik minat pengunjung ke kawasan tersebut. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk' Nolee Ashilin Mohammed Radzi, kawasan hutan itu berjaya mengukir nama dalam mempromosikan aktiviti eko-pelancongan di Perak. "Tambahan pula kawasan Lembah Lenggong yang dinaiktaraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO, ianya juga berada dalam kluster utama pelancongan di Lenggong dan Royal Belum," katanya selepas merasmikan Program Tanggungjawab Sosial Korporat Hammam (Tandas) dan Perhutanan Sosial Hutan Lipur Lata Kekabu pada Jumaat. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Dr Mohd Hizamri Mohd Yassin. Program itu diadakan sempena program Pemukiman Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi Daerah Hulu Perak yang berlangsung selama lima bermula Selasa. Dalam pada itu, Nolee memberitahu, pihaknya sedang dalam proses melengkapkan dokumen bagi meletakkan Hotan Royal Belum sebagai tapak warisan dunia UNESCO. "Keindahan Royal Belum itu sendiri merupakan faktor utama yang menarik minat ribuan pelancong ke sini, dengan suasananya yang tenang dan nyaman termasuk flora dan fauna," katanya. Beliau meminta kerjasama daripada masyarakat setempat bagi memantapkan lagi usaha pelbagai jabatan dan agensi termasuk Jabatan Perhutanan Negeri Perak dalam melestarikan keindahan alam.


30 views0 comments
bottom of page