top of page
muinsapidin

MB Nafi Kerajaan Pinggir Komuniti India


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menafikan tohmahan kononnya kerajaan negeri meminggirkan komuniti India serta golongan minoriti di negeri ini.

Dr Zambry berkata, menurut hukum dalam sistem politik berdemokrasi, setiap kaum mempunyai hak yang sama dengan kaum yang lebih besar.

Dalam konteks itu, katanya, kerajaan negeri sentiasa mendengar masalah yang melibatkan masyarakat India dan bertindak mengatasi dan menyelesaikan masalah mereka.

“Jangan mudah termakan hasutan dan fitnah golongan tertentu yang gemar melontarkan fitnah untuk memburuk-burukkan kerajaan,” katanya semasa berucap di majlis Bersama Masyarakat India di Kampung Ramasamy, Gerik pada Khamis.

Hadir sama Pengerusi MIC Perak, Datuk V. Elango.

Pada majlis itu, Dr Zambry turut menyampaikan surat hak milik tanah kepada 19 keluarga yang menetap di kampung berkenaan.

Dr Zambry juga menasihati penduduk yang menerima geran hak milik supaya tidak menjualnya kerana ia merupakan satu-satunya harta yang perlu dijaga untuk anak cucu mereka.

Beliau berpendapat, mereka perlu memikirkan masa hadapan yang lebih jauh dan bukannya bertindak menjual tanah, semata-mata untuk mendapatkan keuntungan singkat yang akhirnya merugikan mereka sendiri,


23 views0 comments
bottom of page