top of page
muinsapidin

Jangan Kenakan Caj Tinggi Kepada Pelancong


GERIK - Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir meminta penggiat aktiviti pelancongan di sekitar Royal Belum tidak mengenakan caj yang tidak munasabah kepada pelancong yang datang ke taman negeri itu. Dr. Zambry berkata, walaupun beliau belum mendengar rungutan berhubung perkara itu, beliau berharap tiada pengusaha pelancongan yang mengambil kesempatan dengan mengenakan caj yang berlebihan.

“Harga barangan yang mahal tidak berkaitan dengan sektor pelancongan tetapi mungkin kerana lokasi ini agak jauh ke dalam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Bersama Pengusaha Pelancongan Tasik Temengor, di sini, tengah hari tadi.

Dr. Zambry berkata, caj perkhidmatan yang diberikan mestilah munasabah agar usaha berteruskan menarik lebih ramai pelancong ke kawasan tersebut dapat dijayakan dengan berkesan.

Beliau turut mengingatkan pengusaha pelancongan agar sentiasa menjaga imej Royal Belum dan kawasan sekitar berikutan mereka ialah duta kecil kepada negeri Perak.

Katanya, pengalaman pelancong terutamanya dari luar negara yang datang ke kawasan itu akan mencerminkan imej kerajaan, malahan negara

“Sebab itulah saya nasihatkan pengusaha pelancongan supaya jagalah imej kawasan ini. Mereka adalah duta yang akan memberikan gambaran baik buruk kepada kita termasuk dari segi harga, penyediaan makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

“Perkara ini perlulah dilihat secara keseluruhan dan kita minta kepada mereka untuk memaparkan sesuatu yang baik tentang tempat kita ini,”katanya.


23 views0 comments
bottom of page