Dr Zambry ketika menziarahi DUKE di sebuah hospital swasta di Ipoh Perak, hari ini.
IPOH: Keadaan kesihatan penceramah terkenal, Datuk Kazim Elias bertambah baik selepas menerima rawatan di hospital. Beliau sebelum ini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian Kelantan selepas mengadu sakit dada ketika baru memulakan ceramah. Ustaz Kazim kini menerima rawatan susulan di Ipoh. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang melawat Ustaz Kazim hari ini memberitahu, keadaan penceramah tersebut semakin baik. "Sebentar tadi saya melawat Dato Ustaz Kazim. Alhamdulillah beliau semakin sihat. Beliau amat rapat dgn saya. Justeru saya mohon pada semua, teruskan doa buat DUKE,'' katanya dalam laman Facebook beliau.