top of page
muinsapidin

Derita Mohd Hafiz Dapat Pembelaan ADUN Lintang

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Begitulah nasib yang menimpa seorang pelajar kolej komuniti, Mohd Hafiz Zulkifli, 24, yang menderita lumpuh dan sakit saraf selepas terbabit dalam kemalangan apabila dilanggar babi hutan ketika menungg

ang motosikal di Kampung Periang, Sungai Siput Utara Disember lalu.

Penderitaan Mohd Hafiz akhirnya mendapat perhatian ADUN Lintang, Datuk Zolkafly Harun apabila beliau datang melawat dan menyumbangkan kerusi roda kepada Mohd Hafiz di Kampung Periang Sungai Siput Utara.

Menurut Zolkafly, sumbangan itu merupakan tanggunggawabnya sebagai wakil rakyat bagi meringankan beban keluarga Mohd Hafiz dalam mengeluarkan belanja untuk mendapatkan kerusi roda.

``Kita amat bersimpati apa yang berlaku kepada anak muda ini serta keluarga dan kita memahami keperluan yang patut kita beri kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas menyumbang kerusi roda kepada Mohd Hafiz di Kampung Periang, Sungai Siput Utara pada Selasa.

Sementara itu bapa Mohd Hafiz, Zulkifli Razali, 50, lega apabila penderitaan mohd hafiz mendapat perhatian daripada Zolkafly.

``Saya berterima kasih kepada beliau kerana membantu meringankan beban keluarga saya untuk mendapatkan sebuah kerusi roda buat Mohd Hafiz," ujarnya.


25 views0 comments
bottom of page