top of page
muinsapidin

Bertemu Pelanggan Atasi Masalah Rakyat Luar Bandar

Penduduk di Kampung Troso, Sungai Siput Utara mahu program Bertemu Pelanggan yang dianjurkan Pusat Khidmat Adun Lintang diadakan lebih kerap kerana ia terbukti dapat mengatasi masalah urusan mereka dengan agensi dan jabatan kerajaan yang berkaitan.

Mereka berpendapat, melalui program bertemu pelanggan ini mereka bukan sahaja dapat bersemuka dengan ketua-ketua jabatan malah, mereka dapat berjimat dan tidak perlu lagi mengeluarkan belanja besar untuk berurusan dengan jabatan dan agensi kerajaan di bandar.

Bagi seorang penduduk, syed najib syed mahdi, 42, progam bertemu pelanggan amat penting baginya dan juga penduduk Kampung Troso untuk bersemuka dengan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan bagi menyampaikan masalah mereka.

"Sudah lama saya me nunggu program sebegini kerana saya dapat meluahkan masalah saya kepada pihak RISDA berhubung penanaman getah," katanya.

Syed najib berkata demikian ketika ditemui di p[rogram bertemu pelanggan anjuran pusat khidmat adun lintang dan pejabat daerah sungai siput di kampung troso, sungai siput utara pada selasa.

Seorang lagi penduduk, Mahalil Md Ishak, 76, pula berkata, beliau amat lega kerana urusannya untuk mendapatkan kad hijau bagi bantuan RISDA berjaya diselesaikan hari ini.

"Dengan adanya majlis seumpama ini maka amat memudahkan bagi pihak masyarakat di sini tidak lagi berurusan jauh dan pergi kepejabat di ipoh dimananya tetapi hanya boleh turun ke sini dan selesaikan masalah masing-masing.’’katanya.

Sementera itu ADUN Lintang, Datuk Zulkafli Harun pula berkata, program bertemu pelanggan ini akan diadakan lebih kerap untuk memberi peluang seluruh penduduk kampung troso mengemukakan permasalahan mereka kepada ketua-ketua dan agensi kerajaan bagi tindakan penyelesaian.

`

"Memang menjadi prinsip saya untuk turun ke b awah mendengar denyut nadi rakyat dan program ini akan kita akan buat kerap di dalam bentuk bersantai.

"Kita akan turun ke kampung-kampung kita akan berjumpa dengan rakyat dan mendengar keluhan dan sebagainya penerangan mengenai isu-isu semasa," katanya.


28 views0 comments
bottom of page