top of page
muinsapidin

TPM Rasmi Sambutan Jubli Intan SMK Khir Johari


BAGAN DATOH – YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan karnival Sambutan Jubli Intan 64 Tahun Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari di Sungai Sumun dekat sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri turut melawat gerai pameran dan beramah mesra dengan pelajar dan alumni sekolah berkenaan.

Ketika ditemui selepas majlis perasmian, beliau mencadangkan pendidikan asas silang budaya diberi penekanan dalam sukatan pelajaran bermula daripada peringkat prasekolah ataupun tadika. Beliau berkata, langkah itu perlu untuk memupuk perpaduan lebih jitu dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini yang kini dilihat semakin terjarak. "Perpaduan (kini) tidak lagi (dilihat) menjadi keutamaan dan sedikit perbezaan menjadikan kita (antara kaum) berada di jarak yang jauh," katanya.

Menurutnya pendidikan silang budaya harus diutamakan supaya semua bangsa di negara ini dapat memahami dengan lebih baik budaya dan bahasa masing-masing. "Ia bukan hanya melalui kata-kata retorik dalam pidato-pidato atau ucapan, tetapi perpaduan tidak perlu dipidatokan dan dilaksanakan dengan melakukan asimilasi secara tidak langsung melalui sistem pendidikan," katanya. Ahmad Zahid berkata, suatu usaha harus dicari bagi menjitukan perpaduan dalam negara ini, bukan secara superfisial atau permukaan tetapi secara nurani dan datang dengan sendiri.


19 views0 comments
bottom of page