Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir menggariskan lima perkara penting yang perlu dimainkan ketua-ketua kampung di negeri Perak sebagai pemimpin di peringkat akar umbi,
Katanya, sebagai ketua kampung diberi peranan menggalas tanggungajwab yang diamanahkan, mereka perlu memastikan segala perancangan berjalan lancar dan menjadi jentera kerajaan yang lebih efektif dan berkesan.
Menurut beliau, lima perkara penting dan utama yang ditekankan itu ialah menjadi pendengar setia kepada generasi muda yang supaya tidak rasa dipinggirkan.
“Dengan cara ini, ia secara tidak langsung dapat memastikan masalah sosial ditanggani antaranya yang melibatkan masalah penagihan dadah.’’ katanya pada majlis penyampaian watikah perlantikan 28 ketua kampung dan pengerusi JKKK Parlimen Lumut.
Ketiga, katanya tentang aspek pri-pentingnya tugas mereka sebagai ketua kampung dalam menyelesaikan masalah masyarakat sebagai contohnya tidak membeza-bezakan apabila membantu masyarakat yang memerlukan pertolongan terutama ketika berlaku bencana atau musibah.
"Jangan beza-bezakan walaupun ada antaranya berlatar belakangkan fahaman politik berbeza. Jangan elak tetapi dekati mereka ini supaya mereka faham dan tidak terus mengkritik kerajaan tanpa usul periksa," katanya.
Keempat, sebagai ketua kampung mereka hendaklah berada di serata tempat di mana dalam konteks masyarakat Melayu mereka perlu ke masjid untuk berjemaah.
“Sesibuk mana pun, sekurang-kurangnya pergilah berjemaah di masjid 3 kali seminggu manakala pastikan berjemaah untuk solat subuh setiap hari Jumaat,” katanya.
Apabila berlaku kematian di kampung, ketua kampung seharusnya menjadi orang pertama menziarah keluarga dan menjadi orang di hadapan menguruskan kematian melibatkan masyarakat di kawasan mereka, katanya.
Kelima, sebagai ketua kampung mereka juga harus sentiasa membantu rakyat menguruskan kenduri kendara baik yang melibatkan kahwin, pertunangan dan majlis kesyukuran.