top of page
muinsapidin

Bukti Keyakinan Pelabur Terhadap Perak

PASIR SALAK - Pelaburan tambahan RM400 juta oleh Finisar Corporation bagi kilangnya di Chemor, dekat sini adalah bukti keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia amnya dan Perak khususnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, pelaburan itu juga akan meningkatkan lagi ekonomi Perak di samping memberi tambahan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Menurut beliau, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finisar Corporation, Jerry S Rawls telah mengadakan pertemuan dengan pihaknya beberapa bulan lalu bagi membincangkan mengenai perluasan operasi syarikat itu di Perak.

“Kita mengalu-alukanlah, ucapkan terima kasih atas keyakinan pelaburan oleh pihak Finisar di dalam negeri Perak,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Hak Milik dan Surat Kelulusan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bagi Daerah Kecil Kampong Gajah di sini, pada Jumaat.

Beliau diminta mengulas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Rawls dan menyampaikan Surat Kelulusan Pelaburan Tambahan di San Jose, Silicon Valley pada Rabu (Khamis di Malaysia). Finisar merupakan syarikat pembekal terbesar dunia produk komunikasi optik termasuk penghantar terima optik, enjin optik, kabel optik aktif, komponen optik dan instrumen optik. Finisar yang memulakan operasi di Chemor sejak 2001, kini mempunyai 6,000 pekerja, kebanyakkannya rakyat tempatan. Syarikat itu mencatat perolehan US$1.25 bilion tahun lepas, menyumbang 25 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pembuatan Perak dan lima peratus kepada KDNK negeri.


36 views0 comments
bottom of page