top of page
  • muinsapidin

Cecemek Makanan Tradisional Kg Gajah

KAMPUNG GAJAH - Cecemek, adalah satu lagi makanan tradisional di Perak yang lazimnya banyak didapati ketika bulan Ramadan, khususnya di sekitar Kampung Gajah.

Sesuai dengan kaedah pembuatannya yang mudah, kuihpemanis mulut ini menjadi antara menu yang dicari kaummuslimin dan muslimat untuk juadah berbuka puasa.

Antara bahan yang diperlukan untuk membuat cecemek

ialah:-

1. Tepung pulut

2. Tepung gandum

3. Santan kelapa

4. Gula

5. Sedikit garam

6. Sedikit minyak kelapa

7. Daun pisang

Tepung pulut, tepung gandum dan sedikit santan kelapa yang telah dicampur sedikit garam, diadunkan supaya sebati bagi memudahkannya membentuk bulatan kecil mengikut

kesesuaian.

Bentuk bulat kecil itu kemudiannya di picit di bahagian tengah manakala tepinya dikemek-kemekkan sehingga kelihatan seperti bekas kecil.

Tiga atau empat adunan yang telah dibentuk itu dimasukkan ke dalam daun pisang yang telah dibuat seperti bekas empat segi.

Selepas itu, dua atau tiga sudu santan kelapa dimasukkan ke dalam bekas daripada daun pisang yang diikuti dengan memasukkan gula, mengikut citarasa pembuat.

Proses terakhir membuat cecemek ialah mengukusnya di dalam tempat kukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

Proses mengukus hanya mengambil masa kira-kira 15 minit bagi mengelakkan santan daripada pecah minyak yang boleh menyebabkan cecemek tidak sedap untuk dimakan.

Hashimah Yon, 52, seorang pengusaha cecemek di Kg Gajah sejak lebih 10 tahun lalu memberitahu, pembuatan kuih tradisional itu sangat mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

Selain berniaga di bazar Ramadan Kg Gajah, beliau juga menerima tempahan untuk majlis-majlis keramaian seperti kenduri kahwin dan majlis yang dihadiri oleh pemimpin dan orang kenamaan.

“Saya mewarisi pembuatan cecemek daripada emak serta nenek dan saya pun telah menurunkan cara pembuatan kuih ini kepada anak-anak saya,” katanya ketika ditemui barubaru ini.

Seperti kebanyakan kuih muih yang lain, cecemek di Kg Gajah dijual pada harga 40 sen setiap satu.


67 views0 comments

Recent Posts

See All

Rendang Lokan

Rasa Manis Semulajadi Pembuka Selera TAIPING - Rendang adalah salah satu daripada makanan tradisi masyarakat Melayu yang kebiasaannya disajikan ketika musim perayaan, selain dimakan bersama lemang ata

bottom of page