top of page
  • muinsapidin

Dari Piring Hitam Ke Cakera Padat

KARAI - Buat peminat tegar lagu-lagu nostalgia, kerinduan terhadap kenangan mengusik jiwa di zaman 50-an ke zaman 80-an pastinya terubat dengan adanya inisiatif daripada generasi muda menerusi teknologi moden.

Penggunaan piring hitam yang popular pada tahun-tahun berkenaan, kini diaplikasikan ke dalam cakera padat bagi memudahkan ianya dimainkan melalui alat pemain cakera.

Kerjasama erat antara Ku Ahmad Abdullah Ku Ahmad Khir, 27 dengan Samsuri Abbas, 60 berjaya melahirkan produk yang diberi nafas baru iaitu cakera padat nostalgia.

“Bertitik tolak daripada sambutan yang diberikan oleh para peminat muzik klasik, pop yeh yeh dan irama Malaysia mahupun muzik antarabangsa, kami mengambil langkah merakamkan lagu-lagu daripada piring hitam yang diperolehi daripada orang ramai mahupun koleksi peribadi sendiri,” kata Ku Ahmad Abdullah kepada Suara Perak ketika ditemui di Pasar Pagi Pekan Karai,baru-baru ini.

Menurutnya, koleksi piring hitam yang diperolehi akan dirakamkan semula oleh Samsuri ke dalam cakera padat serta dilengkapi dengan kulit album mengikut rekaan yang asal.

“Cakera padat ini dijual pada harga RM7 ke atas mengikut jenisnya,” jelasnya.

Jualan yang pada awalnya dilokasi setempat iaitu sekitar Kuala Kangsar kini sudah mula mendapat sambutan di seluruh negeri Perak iaitu termasuk di Pasar Karat Ipoh setiap Ahad.

Jelasnya, mereka juga akan berada di pasar-pasar sehari di negeri-negeri lain antaranya di Kedah.

Bernaung di bawah syarikat Bunga Warisan Enterprise, selain menjual cakera padat nostalgia mereka turut menjual peralatan lama yang sudah semakin kian hilang ditelan zaman.

“Adakalanya, peminat barangan sanggup membelanjakan wang yang banyak semata-mata memenuhi minat mereka bagi mendapatkan koleksi barangan.”


31 views0 comments

Recent Posts

See All

Rendang Lokan

Rasa Manis Semulajadi Pembuka Selera TAIPING - Rendang adalah salah satu daripada makanan tradisi masyarakat Melayu yang kebiasaannya disajikan ketika musim perayaan, selain dimakan bersama lemang ata

bottom of page