top of page
muinsapidin

Penjan Ubi, Manisan Yang Makin Dilupakan

BIASANYA ramai orang menikmati ubi kayu goreng, rebus mahupun bakar sebagai hidangan minum petang.

Apa kata sekali sekala anda bertukar selera dengan mencuba sejenis manisan tradisional iaitu penjan ubi.

Rasanya manis dan mudah untuk disediakan, bahan-bahan yang diperlukan seperti ubi kayu yang dibuang kulit, gula melaka, gula merah, daun pandan, bancuhan tepung jagung dan air.

Langkah penyediaannya adalah dengan merebus ubi kayu terlebih dahulu untuk tempoh sekurang-kurangnya sejam atau lebih sehingga empuk, toskan airnya dan potong ubi kepada kepingan kecil, mengikut kesesuaian.

Kemudian, campurkan gula merah, gula melaka, daun pandan dan air ke dalam periuk dan didihkannya sehingga gula tersebut hancur, masukkan ubi yang sudah direbus tadi ke dalamnya dan masak seketika.

Setelah ramuan itu mendidih guna bancuhan tepung jagung untuk melikatkan kuah penjan ubi, juga boleh divariasikan resepi ini mengikut citarasa tersendiri.

Sebelum menghidangkannya, hiaskan dengan daun pandan bagi membangkitkan aroma wangi kepada manisan ini.

Bagi yang tidak pernah mencuba hidangan ini, cara memasak ubi mempunyai teknik tertentu supaya ubi yang direbus menjadi gebu, masak di dalam dan tidak hancur bersama air rebusan.

Selain dimakan panas-panas, ia juga sesuai dihidangkan bersama ais krim ketika sejuk.

Bagi mereka yang kurang gemarkan kuahnya yang manis, ia boleh dikurangkan dengan menggunakan hanya sedikit gula sewaktu penyediaan, bergantung kepada selera masing-masing.


267 views0 comments

Recent Posts

See All

Rendang Lokan

Rasa Manis Semulajadi Pembuka Selera TAIPING - Rendang adalah salah satu daripada makanan tradisi masyarakat Melayu yang kebiasaannya...

bottom of page