REKAAN baharu pereka fesyen tempatan yang dilancarkan semalam sempena Aidilfitri dikritik hebat netizen.
Ia gara-gara gaya 'shirtless' yang ditonjolkan dalam beberapa rekaan tersebut.
Rata-rata pelayar di media sosial menyifatkan gaya tanpa baju itu tidak sesuai untuk digayakan di hari raya.
"Kalau rasa nak kena hambat pagi-pagi raya dengan ketua kampung, pak imam, tok siak, bilal, silalah pakai baju raya ini. Pasti meriah raya di kampung kali ini," tulis Irwan Nawri.
"Apa punya fesyen setakat pakai seluar saja? Aku pun boleh jadi pereka fesyen kalau setakat macam itu. Ini fesyen budak baru balik sembahyang raya," tulis Amin Nasrin.
Manakala Nurfadila Dila berkata, "kalau ya pun El-Nino, tak perlulah ekstrem sangat dengan fesyen karut-marut ini."
Fiqhaikal pula menyifatkan tiada siapa yang bakal membeli rekaan itu kerana ia tidak dilihat sebagai baju Melayu.
"Ini macam fesyen selepas sembahyang raya saja. Buka baju, buka seluar tinggal kain samping dengan songkok atas kepala," katanya.
Sementara Ejay Zuldkarnain berkata, rekaan fesyen tidak sepatutnya hingga tahap tidak berbaju.
"Jangan bagi alasan pereka cuba sampaikan kami ada koleksi samping dan songkok. Topi itu dah macam topi anak-anak kapal pakai," katanya.
Tidak kurang juga yang mencadangkan 'kurungless' untuk wanita pada hari raya ini.