top of page
muinsapidin

Pemimpin Politik, Agama Perlu Jaga Sensitiviti

Pemimpin politik dan pemimpin agama perlu berhati-berhati dengan apa yang diucapkan supaya tidak mengundang sentimen perkauman yang boleh memecah-belahkan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, penyampaian mesej yang jelas oleh individu-individu terbabit kepada rakyat berupaya membetulkan persepsi terhadap usaha kerajaan yang mendukung keharmornian.

Menurut beliau, ketaksuban terhadap bangsa dan agama boleh mencetuskan kemarahan dan masalah perpaduan di negara ini dan harus dihentikan.

"Keadaan politik yang tidak stabil akan turut menyebabkan Malaysia tidak dapat mencapai status negara maju menjelang 2020 dan saya percaya tiada pihak yang mahu peristiwa hitam 13 Mei 1969 berulang.

"Ketaksuban tersebut bukan sahaja bertentangan dengan usaha perdamaian malah turut bertentangan dengan perlembagaan persekutuan yang menjamin hak agama kumpulan etik serta bahasa dan budaya sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Persidangan Pemantapan Citra Kenegaraan 4 (COSNA 4) 2016 di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim pada Isnin.

Menurut Joseph, beberapa isu semasa yang gagal dibendung telah membawa kepada ketegangan etnik dan agama di negara ini, sekaligus penyumbang utama kepada risiko ketidakselesaan di kalangan masyarakat.

“Laporan isu keharmornian masyarakat yang dikeluarkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah mengenalpasti isu agama, isu politik, isu penyampaian perkhidmatan dan isu projek pembangunan antara isu tegang utama yang mencetuskan rasa ketidakpuasan hati rakyat,” ujarnya. Menyentuh sentimen perkauman dan agama dalam platform media sosial, Joseph berkata, keupayaan teknologi membawa isu-isu sensitif berkenaan harus ditangani secara berhemah.

Katanya, apa yang membimbangkan, maklumat palsu dan berunsur fitnah itu diterima bulat-bulat tanpa merujuk kepada sumber sahih dan kemudiannnya menjadi viral sehingga menjejaskan keselamatan negara.

"Insiden pergaduhan di Plaza Low Yat dan Kota Raya misalnya, hanyalah berpunca daripada insiden mencuri telefon bimbit tetapi menjadi viral hingga melibatkan isu pergaduhan kaum," ujarnya.


20 views0 comments
bottom of page