top of page
muinsapidin

Adele Menyampah Dilarang Makan Kari

DEMI menjamin mutu suaranya tetap terpelihara penyanyi Adele dinasihati supaya menjauhi sebarang makanan pedas termasuk kari.

Penyanyi lagu Hello itu bagaimanapun bagaikan memberi isyarat bahawa dia agak terkilan dengan larangan berkenaan.

Ketika mengadakan persembahan di Manchester kelmarin, Adele berkata dia 'berang' kerana tidak dapat merasai keenakan masakan restoran Rusholme yang terkenal di bandar raya itu.

"Saya tak dapat menikmati bagaimana rasa masakan kari Rusholme malam ini kerana diarah berhati-hati dengan makanan bagi menjaga peti suara saya. Menyampah betul," katanya.

Restoran Rusholme dianggap satu daripada restoran menyediakan hidangan dari Pakistan, Bangladesh dan India paling terkenal di Manchester.

Terletak kira-kira tiga kilometer dari pusat bandar raya restoran berkenaan memang terkenal di kalangan pengunjung kelab malam dan pusat hiburan di situ.

Empat tahun lalu Adele terpaksa membatalkan kebanyakan siri konsertnya kerana masalah suara.

Sejak akhir-akhir ini Adele, 27, memang sering bermulut selamba ketika berada di atas pentas menghiburkan peminatnya.

Ketika malam pembukaan konsertnya di Belfast, Ireland Utara minggu lalu dia bergurau sejurus sebelum menaiki pentas.

"Perut saya memulas-mulas sepanjang hari. Saya mengalami cirit-birit yang serius.

"Pagi tadi suara saya tak ubah seperti Arnold Schwarzenegger sebab tidur tanpa mematikan penyaman udara.

"Kemudian saya cirit-birit kerana gemuruh untuk konsert malam ini," katanya.


14 views0 comments
bottom of page