top of page
muinsapidin

Mayat Berulat Dalam Sub Stesen TNB

KEMAMAN - Bau busuk yang dihidu polis bantuan ketika melakukan rondaan di sebuah sub stesen penjana elektrik di dalam kawasan Kilang Perwaja Steel Sdn Bhd yang sudah tidak beroperasi membawa kepada penemuan mengejutkan apabila dua mayat lelaki yang sudah reput dan berulat dijumpai.

Dua mayat itu ditemui kira-kira jam 8.15 malam tadi di celah kabel bervoltan tinggi dan dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh lebih tiga hari tetapi tidak melebihi seminggu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, kedua-dua mayat itu dijumpai dalam jarak empat meter, bagaimanapun siasatan awal mendapati kedua-duanya tidak terkena renjatan elektrik.

Katanya, kerja mengeluarkan kedua-dua mayat itu dilakukan dengan bantuan sepasukan 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai.

“Mayat pertama berjaya dikeluarkan pada jam 12.25 tengah malam diikuti mayat kedua pada jam 1.42 pagi tadi,” katanya.

Berdasarkan dokumen pengenalan yang ditemui pada badan, mangsa pertama yang dikeluarkan dipercayai berusia 42 tahun beralamat di Kampung Pondok Limau, Ibok, manakala mangsa kedua berumur 46 tahun dan beralamat di Kampung Payoh.

“Namun disebabkan keadaan mayat yang sudah reput dan sukar untuk dikenalpasti, pengesahan identiti kedua-dua mangsa akan dibuat selepas selesai bedah siasat,” katanya.

Katanya, pada badan salah seorang si mati turut ditemui peralatan untuk menyuntik dan dipercayai si mati berkenaan adalah penagih dadah.


3 views0 comments
bottom of page