top of page
muinsapidin

Pecat Muhyiddin dan Mukhriz - Pemuda UMNO

Pemimpin Pemuda UMNO Malaysia mendesak parti mengambil tindakan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathier kerana terbabit menandatangani deklarasi rakyat baru-baru ini.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun berkata, tindakan kedua tokoh UMNO itu amat jelas dan secara terang-terangan melanggari perjuangan parti keramat itu.

Menurut beliau, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia membantah keras tindakan kedua tokoh UMNO berkenaan kerana telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada ahli parti.

"Sekiranya ahli telah melanggar disiplin parti bermakna parti boleh mengambil tindakan terhadap mereka dan saya percaya Lembaga Disiplin akan mengambil tindakan terhadap mereka.

"Ini yang kita mahu kerana mereka telah memberikan contoh yang tidak baik dan perlu saya ulang mereka perlu jujur dan ikhlas kepada parti. Kita kecewa kerana sebagai ahli dan pemimpin UMNO mereka cuba membakar kelambu besar UMNO,’’ katanya.

Khairul azwan berkata demikian di majlis perasmian serentak Persidangan Tahunan UMNO cawangan empat peringkat negeri Perak 2016 yang di rasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Stadium Indera Mulia,Ipoh pada Ahad.

Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah, Datuk Wira Mohd Yussuf Kassim turut mendesak pihak pucuk pimpinan parti memecat segera tokoh-tokoh UMNO yang bersekongkol dengan pembangkang kerana tindakkan mereka itu amat bertentangan sekali dengan perjuangan UMNO.

"Bagi saya pucuk pimpinan parti harus segera memecat mereka kerana jelas telah mengkhianati parti dengan bersekongkol pihak pemb angkang untuk menumbangkan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,'' katanya.

Terdahulu semasa sidang media, Ahmad Zahid berkata, tindakan ke atas anggota UMNO yang menandatangani deklarasi rakyat menyokong penyingkiran Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri belum dibincangkan.

Beliau berkata, Majlis Tertinggi UMNO juga belum berbincang sama ada wujud keperluan untuk mengadakan mesyuarat tergempar berhubung perkara itu.


20 views0 comments
bottom of page