Setelah hampir sembilan hari menerima rawatan akibat masalah jantung, penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias dijangka dibenarkan keluar daripada hospital esok (Sabtu).
Abang beliau, Datuk mohd Najmuddin berkata, ianya berikutan perkembangan positif yang ditunjukkan adiknya selepas selamat menjalani dua prosedur anigiogram pada petang Khamis.
Menurut beliau, Ustaz Kazim telah dipindahkan dari unit rawatan rapi ke wad biasa selepas doktor yang merawatnya berpuas hati denganperkembangan beliau.
"Ustaz dah dikeluar dari ICU dan ini satu berita gembira, perkembangannya amat positif.
''Bagaimanapun lawatan masih belum dibuka digalakkan, bagi masa dekat kami sikit bila beliau dah betul-betul sihat saya akan buat kenyataan semula,"katanya pada satu sidang media khas di Al Barakah, Manjoi pada Jumaat.
Katanya, dia turut akan mengambil alih kelas agama yang dikendalikan oleh adiknya itu di pusat pendidikan Al Barakah, Ipoh selama adiknya menjalani proses pemulihan nanti.
Ustaz Kazim dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian selepas mengadu penat dan sakit dada ketika sedang berceramah di perkarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong, Bator, Bachock Jumaat lepas.