top of page
  • muinsapidin

Pesawat TUDM Buat Pendaratan Cemas


KUALA LUMPUR: Sebuah Pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis CN235 telah membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor sekitar jam 8.50 pagi tadi. Menurut TUDM dalam kenyataan pada Jumaat, pesawat yang berpangkalan di PU Subang itu telah mendarat di Pantai Asam Jawa. Pesawat yang membawa lapan orang anak kapal juga dilaporkan selamat dengan dibantu oleh nelayan tempatan yang berada di kawasan tersebut. TUDM memaklumkan akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian, dan akan berusaha untuk membuat pemulihan bagi pesawat tersebut. Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kesemua penumpang telah selamat. Beliau turut mengarahkan TUDM menyiasat punca kejadian dengan dipantau sendiri oleh Panglima Tentera Udara.


2 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page