top of page
  • muinsapidin

Anggota Polis Miliki RM10,000 Dipercayai Rasuah


SIBU - Seorang daripada sembilan anggota polis yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak dalam Ops Taring baru-baru ini, mempunyai wang hampir RM10,000 di dalam beg kantung miliknya.

SPRM percaya wang itu adalah hasil daripada kegiatan rasuah oleh anggota berkenaan dan menyitanya.

"Anggota-anggota polis terbabit ditahan kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada pekerja-pekerja warga Indonesia.

"Mereka dipercayai menyasarkan pekerja-pekerja Indonesia yang disyaki tidak memiliki dokumen yang sah dan dalam perjalanan pulang ke negara mereka menggunakan bas ekspres melalui Pos Sempadan Tebedu," kata SPRM Sarawak dalam kenyataan di sini.

Lima daripada anggota polis itu ditahan di Sibu pada 20 Feb lepas manakala empat lagi ditahan di Tebedu semalam.

Selain wang hampir RM10,000 itu, SPRM turut menyita wang berjumlah RM1,350 yang dipercayai wang rasuah daripada anggota-anggota terbabit.

Anggota-anggota itu, yang berpangkat Lans Koperal dan Koperal, ditahan dalam Ops Taring yang menggunakan pendekatan penyiasatan berdasarkan risikan bagi menangani gejala rasuah dalam kalangan anggota agensi penguat kuasa.

SPRM melepaskan mereka selepas mengambil kenyataan masing-masing. - Bernama


26 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page