top of page
muinsapidin

Jangan Keliru MoU Pekerja Asing Bangladesh - Nur Jazlan


JOHOR BAHRU: Operasi besar-besaran memburu pendatang tanpa izin oleh Jabatan Imigresen akan dijalankan dengan lebih giat dalam usaha memastikan jumlah sebenar pekerja asing di negara ini.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, menolak dakwaan operasi dijalankan bermusim atau dibuat susulan isu pendatang tanpa izin (PATI) ketika ini, termasuk berkaitan memorandum persefahaman (MoU) pekerja asing Bangladesh.

"Operasi Jabatan Imigresen dilakukan dengan lebih intensif dan sasaran kita ialah menentukan jumlah sebenar PATI.

"Mungkin ada yang pernah dapat permit pekerja tetapi tidak memperbaharuinya dan ada juga yang masuk secara haram, maka mana kita nak tahu (jumlah sebenar)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Rahmat Tampoi, di sini, hari ini. Nur Jazlan berkata, pihaknya mendapati ada beratus ribu PATI tidak memperbaharui permit kerja ketika ini. Sehubungan itu, beliau meminta semua majikan dan PATI mengambil peluang bekerja di negara ini secara sah menerusi pelaksanaan Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI sejak Isnin lalu.


20 views0 comments
bottom of page