top of page
  • muinsapidin

Aeroangkasa: Malaysia Tarik Pelaburan Lebih RM4b


KUALA LUMPUR: Malaysia kini berada di landasan kukuh untuk mencapai sasaran menjadi peserta utama dalam industri di rantau ini menjelang tahun 2030, dipacu pembangunan rantaian bekalan tempatan kukuh yang terdiri daripada peserta industri tempatan juga global.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata industri aeroangkasa di Malaysia sudah menarik pelaburan lebih RM4 bilion pada tahun lalu, iaitu lebih separuh daripada jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM8.7 bilion, yang direkodkan dalam sektor berkenaan bagi tahun 2011 hingga 2015.

Katanya, Malaysia kini menjadi lokasi pilihan kepada 34 syarikat yang terbabit dalam aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), lapan syarikat yang terbabit dalam pemasangan dan 20 pengeluar bagi bahagian pesawat.

"Industri berkenaan menunjukkan pertumbuhan ketara, yang mana sehingga kini menyediakan lebih 19,000 peluang pekerjaan dan keseluruhan syarikat yang beroperasi mencapai lebih daripada 160 syarikat.

"Ia juga dijangka menyumbang perolehan sebanyak RM20.4 bilion bagi MRO, RM21.2 bilion dalam industri pengilangan aeroangkasa, RM13.6 bilion bagi kejuruteraan dan perkhidmatan reka bentuk menjelang tahun 2030," katanya selepas merasmikan Simposium Pembekal Aeroangkasa MIDA-Spirit Aerosystems di Kuala Lumpur, pagi ini. - BH Online


29 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page